12.30.2009

Terima Kasih Ya Allah

Terima Kasih Ya Allah kerana telah memilih aku untuk menerima ujianMu..Aku yakin setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.Allah telah mengajar aku bahawa Dialah yang mengatur segala urusan..Allah mengajar aku bahawa hanya Dialah tempat aku mengadu..Ya Allah peliharalah aku dan seluruh keluargaku..Janganlah Engkau lalaikan aku dari terus mengingatiMu walaupun hanya sesaat cuma...

hargai lah apa yg kita ada sekarang... tak tau lg in the future.. ntah ntah lg teruk dr sekarang. Manusia ni sentiasa merindukan sesuatu yg dia tak dapat, tp kekadang apa yg diimpikannyer bukanlah yg terbaik untuknya, jadi Allah lah sebenarnya yg lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita. as hamba, kita redha n berusaha lah untuk yg terbaik....

12.28.2009

Kenangan di hari bahagia...


"Ya Allah, satukanlah hati kami,jadikanlah kami sebagai pasangan bahagia yang berkekalan hingga ke akhir hayat, dunia dan akhirat. Jadikanlah rumah tangga kami ini seindah rumah tangga Adam dan Hawa, setabah Ibrahim dan Hajar, sebahagia Yusof dan Zulaikha, sesetia Sulaiman dan Balqis, dan sesuci Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah. Limpahkanlah kepada kami Cinta yang kau jadikan pengikat rindu antara Nabi Muhammad SAW dengan Saidatina Khadijah,yang kau jadikan air mata kasih sayang Iman Ali dengan Fatimah Az-Zahra,yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi Mu yang suci.Jadikanlah kami suami isteri yang saling mencintai dikala dekat,saling mengingatkan dikala bahagia,saling menjaga kehormatan di kala jauh.Sempurnakanlah kebahagiaan kami dengan menjadikan perkahwinan ini kekal buat selama-lamanya.Murahkanlah rezeki kami, panjangkanlah umur kami, jauhkanlah kami dari keburukan dan kurniakanlah kami kesenangan di dunia dan di akhirat. Kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah. Semoga Allah memberkati kami sekeluarga di dunia dan di akhirat."

Tak perlu mencari teman secantik Balqis,
jika diri tak seindah Sulaiman;
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
jika kasih tak setulus Zulaikha;
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
jika tak sekuat Sarah;
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah,
jika diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.

12.23.2009

Isteri Solehah??

Ni beberapa pendapat tentang isteri solehah yang aku copy paste daripada 1 web.Sajer jer sebagai renungan...mane yang boleh ikut kita ikut...yang tak boleh ikut,abaikan...


isteri yg solehah adalah isteri yg menuruti apa saja perintah suami tanpa ada bantahan selagi mana suami itu tidak melanggar perintah ALLAH SWT. amat mudah seorg isteri utk masuk syurga,iaitu dgn mengamalkan semua suruhan ALLAH dan menuruti perintah seorg suami yg soleh..

isteri, nak jadi solehah tak semestinya memiliki suami yg soleh.
suami, kalau jenis tak menghargai, sampai bila2 pun takkan rasa kebahagiaan memiliki isteri yg solehah dan taat.

jodoh di tangan Tuhan. selagi hidup, selagi tu akan diuji. isteri mana taknak suami memandangnya dgn penuh perasaan sayang dan redha... kalau boleh, biarlah bertemu lagi di syurga.. baru la dipanggil percintaan yg abadi... (mood romantik)

isteri solehah memang menjadi idaman bg setiap wanita yang beriman. Cuma kita ni manusia yg mudah lupa, adakala terlawan cakap suami....suami cakap ini, kita cakap itu...hehehe bukan mudah nak jadi isteri solehah di akhir zaman ni, dugaan nya cukup kuat...cuma iman dan takwa yg mampu membantu kita ke arah menjadi isteri solehah...aminnn

Konsep isteri solehah ni bukan jumud. Yang aku tengok semua dok kasik yang dolu2. Bukan tak betul. Tapi tak lengkap.

Isteri solehah:

1. Yang menolong suami membangunkan Islam.
2. Yang menunaikan tanggungjawab fardhu ain dan fardhu kifayah umat Islam.
3. Yang membantu dalam pendidika Islam.

Bla bla...

Kalau suruh bini dok rumah ngadap laki aja, sampai bila pun Islam takkan maju.

isteri solehah bukan hanya jaga diri sendiri, jaga maruah dan didik suami sendiri pun ya jugak. apa salah menjawab jika kena cara dan kaedahnya.

Moms Precious Cooler Bag Set

Semalam cooler bag aku sampai...wahhh,seronoknyer...Aku ni bab2 ngabiskan duit memang seronok.Aku memang perlu sangat cooler ni coz aku dah tak tahan sejuk.Sebelum ni just simpan susu yang dipam waktu kerja kat dalam bilik aku ni jer...kekadang sampai suhu 20'C..Sejuk memang sejuk..tapi mengenangkan aku nak bagi susu yang terbaik untuk anak aku,terpaksalah aku berkorban.Dah 2 bulan aku amalkan duk dalam air cond yang suhunya terlalu sejuk bagi aku..Sehingga ada satu masa tanganku terasa kebas bila balik umah..Bukan sehari tanganku kebas...berhari2 juga rasanya.asal balik keje petang jer,tangan aku rasa macam kebas...Aku terfikir gak...adakah ini kesan aku duk dalam air cond ker???
Sebelum aku membuat keputusan untuk membeli cooler ni,aku ada bertanya mommylina di sususihat.com.Perlukah saya membeli cooler?? So,kat bawah ni aku attachkan jawapan yang mommylina bagi kat aku:

Salam Liza,

Memang dalam air cond (below 26 degree Celcius) susu badan boleh tahan
selama 8 jam, tapi dinasihatkan utk tidak transpor (bawa keluar dari
bilik tu) sebab bila kita bawak balik tu, temperature dah berubah.

pastikan susu sentiasa sejuk utk menjaga khasiatnya di tahap optimum,
sebab kita bukan je nak bekalkan anak kita susu, tapi susu yang cukup
khasiatnya, kan?

saya sarankan Liza dapatkan insulated coller bag & chiller... tak
payah beli yang mahal2 & branded mcm medela or avent segala. just cari
kat area picnic/camping di giant/tesco... rm20 pun boleh dapat satu.

So,aku buat keputusan untuk membeli cooler bag ni.Bagi aku alang-alang nak beli,baik aku beli yang puas hati.Aku suka sangat ngan cooler bag ni coz ada tempat untuk simpan pam skali..tak payahla nak bawak beg banyak2 pg office.



12.07.2009

4x4

Penat balik Terengganu lom hilang,dah tambah lagi penat melayan hobi suami aku...Hehehe.Minggu ni kitorang p Sutera Mall,Johor Bahru.Gara-gara nak tengok perhimpunan 4x4 terbesar di Malaysia.Ni gambar-gambar yang suami aku sempat rakam.Sebenarnya dia dah berkenan dengan Toyota Rush yang warna putih tu.hehehe...Sabar bang,ader rezeki dapatla merasa nanti.hehehe...

Yang putih tu Toyota Rush.




Masa ni hujan.Aku ngan anak2 setia menunggu suamiku di pintu masuk Sutera Mall,sementara suamiku p tengok 4x4 beraksi.


Aktiviti Raye Haji

Tahun ni aku sambut raya idul Adha kat Kulai,umah mak mertua aku.Pas solat sunat hari raya,aku bertolak balik ke Terengganu.Rasanya dah lama gak aku tak sambut raya Idul Adha kat terengganu...orang kata kat terengganu/kelantan best.rayenye meriah.iye kerr??? iyer la kot.hehehe.aku sendiripun tak pasti tang mene yang meriahnye.Perjalanan balik ke Terengganu kali ni memakan masa agak lama coz anak dara aku dah tak pakai pampers.So,terpaksalah brenti banyak kali coz melayannya buang air kecil..kakak...kakak....10.30 pg keluar umah kat kulai,kol 10.00 malam baru sampai Besut,Terengganu.

Ni gambar2 yang sempat aku rakam kat terengganu.Aktiviti membuat tapai.


Daun getah yang digunakan untuk membungkus tapai.
Pulut yang telah dikukus,dan ditabur dengan ragi.
Ini lah hasilnyer.Tapai yang dah siap dibungkus.Tapai ni kena peram sekurang-kurangnya
2 malam baru boleh dimakan.