11.11.2011

Percubaan Ais Krim Goreng



11.11.11...tarikh cantik hari ni.Tapi tarikh ni takder pape yang istimewa pun bagi aku..sama seperti hari-hari biasa jer...Hari ni aku just nak share gambar ais krim goreng hasil air tangan aku.hehe.First time aku makan ais krim goreng ialah masa ada jual2 kat dataran masjid @ parking dataran anggerik...kat tempat keje aku la ye...Sedap..tapi macam mahal la plak...sketul kecik camtu rm2.50...(berkira ek...biasala orang susah)..hehehe.Pastu masa konvokesyen kat tmpat keje aku...ada jugak orang ni jual ais krim goreng...aku beli lagi...Start drpd ni la aku rasa macam nak buat sendiri...try n error...so,jadila aiskrim goreng versi aku...Sape2 yang pernah makan aiskrim goreng yang dibeli tu...jangan ketawakan plak tgk aiskrim goreng aku...first trial beb! Ok aper!! hahaha.

Ni rupanya selepas digoreng
Ni plak gambar aiskrim goreng yang dibelah dua.Saje nak tunjuk aiskrimnya..:)

Korang jangan tak tau,husband aku cakap sedap...cuma dia suh aku blajar teknik pembungkusan...hahaha

Sekian dulu entri saya untuk kali ini.Assalamualaikum...

11.10.2011

Sepetang di Sungai Lurus,Senggarang

Tak ingat plak bila kejadian ni berlaku.Rasanya dah lama gak kot...minggu sebelum raya Deepavali.Biasanya setiap hujung minggu kitorang 1 family akan keluar jalan2..kalau tak, si dara n si teruna kat umah tu mula la buat perangai...boring.'mama,orang lain semua pg jalan...kite je duk umah'.ayat tu dah biasa sangat aku dengar..
So,destinasi kali ni yg kitorang pilih ialah g makan kerang goreng di sungai lurus...hehehe..(takder tempat lain dah)..kalau family aku datang umah aku...aku akan bawa mereka datang sini...takderla istimewa sangat,cuma takder tempat lain yang menarik yang nak aku bawak.hehehe.So far,ok la...mereka semua suka kerang goreng tu..setiap kali datang umah aku,macam acara wajib plak g makan kerang gorng...kalau tak kesana,tak sah!hehehe.Jom cuci mata ngan gambar...


Ini dia anak dara aku..
Si dara and si teruna...
Ni la dia rupa kerang goreng yang sedap itu...
Wahh dik,sampai pejam mata menikmati kerang tu...

Pemandangan matahari terbenam...Gambar diambil dari kedai makan...



10.06.2011

Majlis perkahwinan my cousin,Fizi and Farah.

Xder idea nak tulis pepagi ni....layan gambar jer la ye...Majlis ni berlangsung pada 24 September 2011,di Cheras..Fizi ni spupu aku,anak makcik aku,adik bradik ayah yang paling bongsu.Hahahaha.paham tak.kiranya mak dia ngan ayah aku adik bradik la....itu pun nak kena terangkan lagi...ape2 la.....


 wajah-wajah ceria. tak tau masing2 dah berpeluh2 tunggu pengantin sampai.


 Bergambar bersama-sama pengantin.
5 orang yang duduk tu adik beradik perempuan dalam family aku...Lelaki kacak yang sebaris ngan pengantin tu,kiri and kanan,dua-dua abang ipar aku....hikhikhik...Sebelah pengantin lelaki tu la mak cik aku merangkap mak pengantin.3 yang lain tu adik beradik pengantin,merangkap sepupu aku.poning tak baca post aku kali ni...yang penting,aku yang paling cun,hahaha..sibuk duk bawak handbeg mahal tu...duit manyak ooo dalam itu beg,xleh tinggal...


 Our big family....ni baru sebahagian kecil...
kalau nak himpunkan semua skali family...tak muat pentas ni.
Yang berdiri kanan skali pakai kemeja putih tu la my beloved father...
(Ya Allah,berilah kesihatan yang baik kepada ayahku dan permudahkanlah segala urusannya serta peliharalah ayah daripada perkara-perkara buruk menimpanya.)



10.03.2011

Cara merawat Sakit Rohani

 Pagi tadi terbaca post kat wall facebook.Nukilan Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Tajuknya ialah cara nak rawat SAKIT ROHANI.Jomla baca...mudah-mudahan boleh diamalkan untuk kesihatan rohani kita...
Antara cara-cara untuk merawat sakit rohani ialah:-
1.Jaga solat 5 waktu 
2. Solat taubat n istighfar 70X sehari 
3.Qada' solat yg tertinggal
4.Baca Quran 
5.Maafkan org n mohon maaf 
6.Cari ilmu berterusan n cari guru yg mursyid 
7. Berkwn dgn org2 +ve 
8. Sedekah kpd yg memerlukan 
9.Beri binatang makan 
10. Beri khidmat kpd yg perlu bantuan 
11. Cuci pinggan, tandas, dsbnya
12.Kekalkan wudu' 
13. Puasa sunat
14. Sentiasa ingat mati 
15. Hidupkan sunnah harian
16. Seru org ke arah kebaikan
17. Tunaikan hj n umrah.
Mari kita amalkan agar rohani kita sihat n kita selamat dunia n akhirat. Wassalam

9.28.2011

Birthday Mama...

Alhamdulillah,20 September lepas,genapla umur aku yang ke 28.Semoga Allah murahkan rezeki aku sekeluarga,panjangkan umur kami and berkatilah hidup kami sekeluarga.
"Ya Allah, bukakanlah bagi kami pintu kebaikan, pintu keberkatan, pintu nikmat, pintu rizki, pintu kekuatan, pintu kesehatan, pintu keselamatan, pintu kebugaran, pintu syurga"(HR. Tirmidzi).
Untuk Kak As,kak ct and Aqla,thank you verry much for your surprised birthday cake and blanje makan KFC.Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua...

8.25.2011

Happy Birthday Afnan....


Tanggal 10 ogos 2011,genaplah 2 tahun usia anak bujangku.Mama doakan semoga afnan dipanjangkan umur,murah rezeki, jadi anak yang baik,taat pada Allah n sentiasa menyenangkan hati semua orang...dan semua doa yang baik2....

Potong kek bersama papa


Birthday Afnan sama ngan birthday Atuk.mama buat 1 kek jer,share ngan atuk.Kitorang celebrate birthday ni kat kulai...bersama2 ngan family papa...

5.26.2011

10 PERINGATAN BUMI

Berkata Anas bin Malik r.a;Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-

1.Hai anak Adam!Berjalanlah diatas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan masuk kedalamnya kelak.

2.Engkau melakukan maksiat di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan di azab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku,tetapi ingatlah!Engkau akan di azab di dalam perutku.

4.Engkau bergembira di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan kecewa di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan menyesal di dalam perutku.

6.Engkau makan benda yang haram di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan dimakan oleh ulat didalam perutku.

7.Engkau angkuh di atas belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan di hina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan riang diatas belakangku,tetapi ingatlah!engkau akan jatuh ke dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku,tetapi ingatlah!Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai,tetapi ingatlah!Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

5.11.2011

TIKAR EVAMATIK

Pernah dengar tikar evamatik tak?Dah lama aku order,tapi semalam baru dapat.hehehe.Tikar ni kelebihan dia boleh mencegah hawa dingin dari lantai.Yang aku beli ni namanya Alphabet.Sebenarnya ada macam-macam corak.Mickey and friends,cars,Looney Tunes World Cup,Doraemon,Deep Jungle,Cutie Fruits,Pooh 123,Princess,Upin & ipin,Transportation,City Map,Marine Fishes and Minimalist.Aku minat sangat dengan minimalist sebenarnya...sebab ianya macam corak abstact..ala-ala macam corak2 carpet kat umah aku.Tapi aku beli ni untuk anak2 aku..bukan untuk aku.Biar hari-hari diorang tengok abjad ni...mudah-mudahan leh la diorang blaja.Masa aku beli ni harganya RM47,tapi sekarang dah naik jadi RM50.Mahal tak??Husband aku cakap mahal..tapi aku plak....hehehehe...kalau aku dah nak,tak kira mahal ker murah,semua aku beli.Lagi2 kalau untuk anak-anak.hehehe


Ni bentuk tikarnya.Panjangnya 200cm x 120cm.


Sukanya adik dan kakak dapat ABC yang besar.Boleh buat game lagi...kakak lawan ngan papa,saper jumpa dulu dia menang...kalau papa menang,mula la kakak ngaruk..hahaha.Saper yang berminat nak beli atau nak cuci-cuci mata,leh la jenguk facebook Zmf Nur Ahmad Shoppe.

5.10.2011

N3 2011

Assalamualaikum semua.Ceehhh macam la ada orang baca blog aku.hehehe.Rupa-rupanya belum ada N3 aku untuk tahun 2011.Wahh!!! busykah aku??Tu buktinya aku busy ngan kerja...hehehe.Dah hampir stengah tahun tak jenguk blog ...Tadi aku hampir terlupa password untuk log in blog ni...hehehe teruknya.Faktor penuaan...mudah lupa.Sebenarnya takder citer menarik pun nak dicoretkan...cuma tiba2 teringat...dah 2 tahun lebih rupenyer aku pindah rumah sendiri...Syukur Alhamdulillah...
Masa pindah dulu,rumah aku 4 segi jer...takder garaj,takder anjung....tapi skarang Alhamdulillah,ada perubahan.Walaupun belum 100% complete,kami bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan.Terima Kasih Ya Allah...Semoga Kau murahkan lagi rezeki kami....Nak letak gambar rumah segan...so,aku share gambar pokok2 yang ada di sekeliling umah aku...leh la cuci2 mata....hehehe
Justify FullNi semua orang dah kenal.Pokok Kelapa.Harap-harap pokok ni rendang jer...kalau tinggi sangat camner yek??heheeh.Benihnya atuk muar yang kasi.


Ni plak pokok pelam.Dah lupa plak nama aper pelam ni...Benihnya husband beli kat pasar tani.
Tapi stakat ni belum membuahkan hasil lagi.Mudah-mudahan suatu hari nanti dapat la merasa buah pelam ni.


Cili padi..Stok untuk buat sambal kicap..hehe


Lada.


Ni plak pisang nangka.Baru keluar jantungnya.


Pisang berangan.Aku suka makan pisang ni...kalau beli kat pasar, skarang RM2.50 sekilo...Benih pisang ni dari Besut,Terengganu.Jauh tuu...jiran aku kat kg yang bagi.Time kasih Kak Soh...


Daun pandan pun ada.Senang nak buat kuih...tinggal ambik jer kat blakang umah.Benih ni Kak Ct yang bagi.Time kasih yer kak..banyak pahala...


Ni sebenarnya daun selom..tapi camerawoman tak pandai nak ambik gambor...
yang nampaknya rumput-rampai...hehehe


Daun kesom untuk masak asam pedas especially...Benih ni pun kak Ct yang bagi..thanks kak ct,lain kali bagi lagi apa2 benih yang ada kat umah...hehehe


pokok kunyit pun ada.Arwah mak dulu rajin buat kerabu daun kunyit...sedap..


Kalau tak silap,ni keladi mawar namanya.Sedap keladi ni..
biasa aku buat pengat.Benih ni atuk muar yang bagi.


Pokok rozell.Anak sulung aku,Insyirah memang suka minum air manis.So,husband aku tanam rozell ni...jimat,tak yah beli kat kedai.Lagipun buat sendiri lagi puas hati...tiada pewarna and bahan pengawet.Rozell ni bagus untuk demam,leh sejukkan badan.


Haa...last skali pokok jambu batu.Jambu ni takder biji...kitorang tengah tunggu jambu ni masak.Harap-harap ada la rezeki kami untuk merasa jambu yang di tanam sendiri.