11.25.2009

Gas,Colic dan Breastfeeding

Colic ialah keadaan yang berlaku apabila bayi menangis pada masa tertentu (biasanya petang membawa ke malam) tanpa henti 1-2 jam dan tidak boleh dipujuk (inconsoleable)
Anda perlu membawa bayi ke klinik untuk rawatan dan pengesahan DR bahawa bayi anda sihat dan gaining weight well walaupun kerap menangis pada waktu2 tertentu tanpa alasan (colicky)
Orang melayu biasanya menggelarkannya ’sawan tangis’ dan dibawa berubat mandi dan ‘baca baca’ oleh org yang pandai mengubat
Hakikatnya tiada rawatan utk colic walaupun banyak research dan behaviour strategies dijalankan oleh pakar
Colic akan berakhir sendiri selepas 3 bulan (atau lebih)

Sekiranya anda menyusukan bayi anda
Colic yang berlaku boleh dikurangkan dengan cara meng’evaluate’ dan mengamalkan perkara2 berikut:

1.Adakah anda menyusukan bayi dengan sebelah breast sehingga breast tersebut well drained

- Komposisi susu ibu berubah2 pada setiap feeding dimana kandungan lemak dan kalori semakin bertambah apabila breast semakin dikosongkan
Sekiranya anda kerap switch breast semasa menyusukan baby, bayi anda akan menconsume terlalu banyak foremilk dan hanya sedikit lemak.
Ia boleh menyebabkan :

- Bayi anda kerap lapar dan minum dengan banyak berikutan rendahnya jumlah lemak yang diconsumenya pada setiap kali minum

- He may spit up (muak, muntah) kerana minum terlalu banyak

- Perut bayi kosong dengan cepat dan jumlah milk sugar (lactose) yang terlalu banyak berkumpul di usus menyebabkan enzim yang menguraikan laktosa itu tidak dapat menguraikannya dalam satu masa seterusnya menyebabkan simptom lactose intolerance seperti:

  • Menangis
  • Angin (Gas)
  • Kembung perut dan kentut kentut
  • Watery dan green bowel movement (Najis yang cair dan berwarna hijau)

stool_color_card_ba

Harus diingatkan apabila keadaan ini berlaku, ibu ibu tidak seharusnya berubah kepada lactose-free formula sebaliknya menganalisa semula corak penyusuan anda.

  • Susukan bayi anda setiap kali dia cooing dan bukannya mengikut jadual di tin susu formula. (1 1/2 jam – 2 jam sekali) dan kebanyakan masalah BF dapat diatasi sekiranya ibu tidak mengikut jadual waktu
  • Susukan bayi sehingga sebelah breast kosong supaya baby mendapat foremilk dan hindmilk yang balance.
    Susukannya sehingga baby tertidur dan melepaskan nipple sendiri.
    Bayi anda boleh ‘bergayut’ selama 2 jam walau hakikatnya minum selama beberapa minit pertama.
    Selepas bayi anda melepaskan breast yang pertama, offer breast yang kedua (sekiranya dia mahu)
    Atau pam sekiranya dia sudah tertidur.
    (Pastikan setiap kali feeding anak anda ialah nutritional feed dengan memastikan baby benar2 menyusu dan bukannya sekadar ‘bergayut’)

2. Adakah berlakunya Overactive Letdown Reflex (Milk Ejection Reflex/MER)?
——-
Artikel mengenai Letdown Reflex di sini
Tambahan info : Let down Refleks berlaku lebih dari sekali pada setiap kali sesi menyusukan dan mengepam
Walau bagaimanapun, ibu cuma merasakannya utk pertama kali sahaja
(Jadi jangan risau jika anda merasakan anda dapat let down refleks sekali sahaja ya)
——

Susu yang terlalu laju semasa MER berlaku boleh menyebabkan bayi anda ‘marah’ dan fussy
Dan kadangkala ibu merasakan tidak selesa dengan keadaan itu kerana merasakan bayi mereka colicky (menangis tanpa henti)
Dan kadang2 bayi anda mungkin frustated dengan slow milk flow lalu menyebabkannya refuse to take breast.
Cara mengatasinya:

  • Susukannya sebelum dia terlalu lapar
    Tanda tanda bayi lapar ialah:
    Early-
    • Smacking or licking lips
    • Opening and closing mouth
    • Sucking on lips, tongue, hands, fingers, toes, toys, or clothing

    Active -

    • Rooting around on the chest of whoever is carrying him
    • Trying to pition for nursing, either by lying back or pulling on your clothes
    • Fidgeting or squirming around a lot
    • Hitting you on the arm or chest repeatedly
    • Fussing or breathing fast

    Late -

    • Moving head frantically from side to side
    • Crying
      Sumber Kellymom.com

Maksudnya menangis adalah last resort utk bayi anda minta disusukan
Nota Luna : Susukannya sebelum dia menangis dengan cara alert dengan reaksi bayi anda dan hunger sign dari beliau

  • Bayi yang lapar tends to ‘gelojoh’ dan menyebabkan pancutan susu berlaku dengan kuat. Susukannya sebelum dia AMAT lapar ye.
  • Susukan bayi dalam keadaan yang tenang, muzik yang perlahan dan lampu yang samar samar
  • Berbaring dan biarkannya minum dengan cara meniarap di atas anda. Tekanan graviti boleh membantu!
  • Pam susu anda sebelum baby terjaga dari tidur dan mahukan susu
    (Susu anda tidak akan habis kerana susu SENTIASA dihasilkan dalam tubuh anda)
  • Sekiranya milk flow anda perlahan, anda boleh membantu dengan Breast Compression
  • Pastikan latch bayi anda betul untuk mengelakkan masalah BF yang lain
    Refer entri ini
  • Terdapat commercial lactase dalam bentuk liquid (enzim yang memetabolismekan lactose) diberi sebelum feeding dan boleh didapati tanpa preskripsi daripada farmasi
    (Ayg, pemilik KhazisPharma minta tolong pastikan)
    Walaubagaimanapun, ambil ianya sebagai satu info dan bukannya solution ya.

3. Adakah anda berhati hati dengan pemakanan anda?

Breastfed baby tends to have less gas kerana susu ibu adalah custom made utk mereka berbanding susu formula yang ‘artificial’.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak (dalam bentuk susu)

Dairy product seperti cow’s milk yang di ambil oleh ibu adalah ‘penyumbang’ besar kepada masalah colic pada baby. Sistem penghadaman bayi yang belum matang kadangkala mengakibatkan mereka tidak dapat memproses protein di dalam susu lembu seterusnya menghasilkan gas di dalam usus



Sebelum anda risaukan bayi anda, lihat diri anda sendiri dahulu.
Maksud saya, adakah anda sensitif dengan sesetengah makanan
Ianya boleh dilihat apabila selepas 4 jam anda menconsume makanan itu,
perut anda mulai kembung dan tidak selesa (dan anda mula mengeluarkan angin)
Makanan yang berbeza memberi efek yang berbeza kepada setiap individu
Antara makanan yang dipercayai mengakibatkan pengeluaran lebih gas semasa diproses ialah:

  • Dairy product (cow’s milk, dadih,yogurt, icecream)
  • Bawang merah
  • Coklat
  • Kekacang seperti kacang tanah, taugeh, kacang hijau
  • Citrus fruit
  • Jagung
  • Gandum
  • Tomato
  • Strawberry
  • Artificial sweeteners
  • Minuman berkafein
  • Brokoli
  • Kobis dan bunga kobis
  • Sesetengah jenis pisang

Cuba elakkan makanan tersebut daripada diet harian anda jika anda dapati ianya menyebabkan gas terhasil dalam badan anda atau kita gelar ‘angin’
Jika anda amat menggemari makanan2 tersebut, kurangkan kuantiti pengambilannya
Nota Luna : Anda TIDAK perlu minum susu untuk menghasilkan susu

4. Luangkan masa mengurut bayi anda

Amalkan bed time routine, mandikannya,gosok giginya, tukarkan pyjama, massage, dan berbual sebelum menidurkan bayi anda.
Penggunaan minyak atau minyak angin adalah digalakkan kerana :

  • Rasa hangat dan urutan lembut anda AMAT membantu mengeluarkan gas daripada dalam perutnya
  • Anything that is hot WILL do (menggalakkan pengaliran gas yang baik dalam badannya)
  • Baby anda rasa selesa dan disayangi
  • Tidurnya akan lebih lena
  • Biarkannya tidur meniarap (must be under your supervision)

5. Cuba elakkan risiko angin masuk ke dalam perut bayi anda

Gelembung udara (angin) boleh masuk kedalam perut anda melalui botol susu yang digunakannya.
Gunakan botol anti colic seperti Botol MAM
Apabila angin terperangkap dalam perut si kecil, perut menyangkakan ianya adalah makanan lalu merembeskan asid utk mencernakannya walaupun sebenarnya tiada apa2 dan acid ini boleh menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.

Saya harap saya membantu meleraikan kekusutan mengenai gas, colic dan kaitannya dengan breastfeeding.
Pemberian susu formula bukanlah solutionnya kerana keadaan akan bertambah baik hari demi hari
Sekiranya anda menyusukan bayi anda, anda memberikan yg terbaik. Penyusuan direct adalah anti colic yg TERBAIK :)

Kongsikan pendapat anda, sharing is caring :)


petikan drpd blog http://www.diyaluna.com

11.24.2009

Aksi Syira yang menghiburkan hati

Sembahyang dengan papa
Berangan depan cermin...

Sekolah Vs Tak



Aku pening memikirkan nak sekolahkan ker tak anak dare aku yang sorang ni.9 Januari 2010,genap 3 tahun...Macam terlalu awal untuk disekolahkan...tp mengenangkan mulutnya yang 'terlebih' cakap tu...aku macam nak hantar jer p skolah.Aku dan husband dah siap daftar dah kat Taska KEMAS.Pagi diorang belajar...petang diorang tidur...Aku pk biarlah kakak berkawan,belajar berdikari...belajar sikit2,at least pandai nyanyi pun dah ok.Tapi dalam masa yang sama aku sedih sebenarnya nak hantar dia p skolah.Bolehker kakak berkawan?Boleh ker kakak bangun mandi pagi2?Nak buang air besar n kecil camner,boleh ker dia cakap ngan cikgu?Ibu (Baby-sitter) dia pun dah tanya,betul ker nak hantar syira sekolah?Kalau betul,ibu nak cari kerja lain...Alamak!! lain macam jer bunyinyer....Afnan macam mane,saper yang nak jaga.Aduuhh...bertambah serabut kepala otak aku...Bila citer ngan husband,dia cakap takper la..skolah jer..pandai la dia berdikari.Afnan tu kita cari jer orang lain kalau betul ibu tak nak jaga.lagi pun Afnan masih baby...lom kenal orang lagi...Ok...settle masalah....
Tup-tup,1 pagi masa aku p hantar syira and Afnan....ibu bersuara."Liza,tak boleh ker tak payah sekolahkan syira dulu...Dia kecik lagi la...tunggula 4 tahun.Kat umah ibu ni pun dia blajar jugak..Ada ank orang tu (nama dirahsiakan) hantar skolah masa 3 tahun...5 tahun dah tak nak skolah...dia dah boring".Aku sengeh jer...hehehe,aku just cakap tengok la dulu camner.....Sebenarnya ada betul gak cakapnya.So aku citer pada husband,mintak pendapat sahabatku kak ct,mintak pendapat sahabatku kak fid (kebetulan kursus sama2)...diorang cakap tak payah sekolahkan dulu.Biar la syira main2 dulu....5 tahun nanti baru hantar skolah...Kak fid ada pengalaman sekolahkan anak masa umur 4 tahun,anaknya asyik kena buli jer...kesian.
So sekarang,aper yek keputusan yang patut aku buat......?????

Jalan2 @ Melaka

Jalan-jalan cari makan.

Ni bergambar kat Makam Hang Tuah.
Orang cakap makamnya makin memanjang.Betul ker??



Ni pemandangan Bandaraya Melaka.
Kitorang ambik gambar masa naik menara Taming Sari.
Aku memang gayat bab tinggi2 ni...tp aku terpaksa gak panjat menara ni...
Ni sebahagian drpd family aku.


Ni semua adik beradik aku...6 puteri.

Ni plak family akak aku...


Syira ngan Izham...

Bestnyer lepak kat tepi pantai...

11.16.2009

Anak-Anakku

Ni gambar kakak and adik Is @ Afnan.Mane2 la yang senang nak sebut.Kat umah baby sitter diorang panggil Is,Kat umah aku kitorang panggil Afnan.Ni Afnan berusia 30 hari...hehehe,big baby.Kakak macam baik je kan? hehehe...silap hari bulan,tangan adik dia ditarik..pipi adik dia ditumbuk...jealous punye pasal...nak sedap lagi...bile adik dia terkial2 nak belajar niarap...dia yang tolong tolakkan badan adik dia.....kakak...kakak...biler la nak matang.
Gambar atas and bawah ni baru jer aku ambik semalam.Masa ni umur Is 3 Bulan 5 hari.(Sedap la plak panggil Is).hehehe.Budak botak ni tak nak duk bawah...penat mama nak pegang.Dah ler debab...hari isnin jer lenguh tangan aku kes 2 hari di pangku..

Ni gambar kakak Syira makan Ais krim milo yang mama buat sendiri.(Mama ada peti ais baru...so masih excited memenuhkan ice box ngan Ais Krim).hehehe.Kakak ni kekadang bukan nak makan sangat ais krim tu,dia just nak plastiknyer jer(ais krim tu mama makan and mama yang jadi gemuk,syira still kurus kering).Plastik tu dia buat belon...pastu pijak..and then belon tu meletup...bom kebabom (ni syira yang sebut eh...hehehe).

Breastfeeding

Ni pam yang banyak berjasa kepadaku.Yang kat sebelah pam tu namanya warmer.Warmer ni aku baru jer beli kat babyshop..Aku kesiankan baby-sitter sebenarnya...kena menjerang air setiap kali nak panaskan ebm.Dengan kata lain,tak nak menyusahkan baby-sitter..hehehe...padahal nak menyenangkan kerja aku gak coz sabtu ahad aku kena nyusukan baby aku guna botol.Pengalaman aku kalau sabtu ahad aku bagi direct breastfeeding...hari isnin aku terpaksa keluar p umah baby-sitter coz anak aku tak nak botol..nak yang original...hehehe.Tp dengan adanya warmer ni memang memudahkan kerja..Warmer ni bukan sahaja boleh panaskan ebm...ia juga boleh panaskan makanan baby.So,kepada ibu2 yang belum ada warmer ni...cepat2 la beli.tak rugi tau....hehehe

Ni stok ebm yang aku ada.Tak banyak pun...tp syukurla.At least ada gak.Aku sebenarnya baru jer blajar buat stok...baru beli ice box baru...hehehe.Dulu aku guna ice box 1 pintu,ader 1 hari tu aku balik keje,semua stok ebm aku cair...sedih giler,nak nangis rasenyer...memang dah nangis pun...hehehe,gembeng.Ice box 1 pintu ade frost...so,bile frostnya banyak,susu tu akan cair...(agaknye la).So,petang tu gak,dengan pertolongan hubby aku p beli ice box 2 pintu...thanks hubby..rezeki baby.So,kepada sape-sape yang berminat nak beli ice box lama aku (panasonic 1 pintu),leh la inform aku.hehehe.

11.13.2009

Dari kiri Afif Muhaimin,Adib Daneal,Izzah Insyirah

Ntah ape-ape ntahhh....
Bagai pinang dibelah dua...afif & syira


Ni gambar aku ambik masa aku berpantang kat kampung ku di Besut,Terengganu.Pening kepala melayan kerenah 3 orang budak ni...hehehe...agaknya ni la orang cakap,ni racun,nilah penawar...penghibur di kala duka..aper aku melalut ni.hehehe

11.11.2009

11/11

Hari ni 11/11...boleh dikatakan tarikh yang cantik gak la...Alhamdulillah,sahabatku fizah selamat melahirkan putera yang kedua seberat 3.5kg jam 3 pagi tadi secara pembedahan.tak per zah...bedah pun bedah la...asalkan semuanya selamat.Semua yang berlaku ada hikmahnya...
Hari ni aku kena jaga exam...aduh boringnyer..tak boleh ker kalau tak jaga...hehehe.tp Alhamdulillah,nasib baik papernya 2 jam stengah jer..pas jaga peksa,aku kuar g klinik baby aku jap.hari ni cek utk 3 bulan.kena injek...kesiannyer..beratnya naik sikit jer...5.8kg...batuk agaknyer...