2.09.2010

Pergi Tak Kembali

Dah lama gak tak update blog ni..tak tau nak taip aper...30 Januari 2010,jam 7.35 pagi mak aku menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital Raja Perempuan Zainab,Kota Bharu.Hari ni masuk hari ke 11 arwah meninggalkan kami sekeluarga.Petang 29 Januari 2010,aku sempat menziarahi arwah dihospital.Hari tu keadaannya lebih baik daripada biasa.Ingatkan dua,tiga hari lagi mak boleh keluar daripada wad..petang tu mak suruh aku gosok punggungnya...katanya dia nak tidur.Seumur hidup aku tak pernah pun mak suruh gosok punggung dia sblm tidur.Tak sangka plak dia akan tidur buat selama-lamanya. Sebenarnya tengahari sabtu tu aku akan bertolak balik ke Batu Pahat meninggalkan mak sebab isnin aku kerja.Rupa-rupanya pagi tu mak yang pergi meninggalkan aku.Pergi yang tak kan kembali...Al-Fatihah untu arwah mak .Semoga roh mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.Ya Allah,janganlah Engkau lalaikan aku daripada mengirimkan doa buat arwah ibuku...