10.08.2012

Birthday Izzul Afnan

Kejadian ni berlaku pada 10 Ogos 2012 bersamaan 21 Ramadhan 1433H.Xder special birthday party pun,just mama belikan sebiji kek and juadah untuk berbuka.

kek indulgence from De SweetHoney.

kek bersama juadah untuk berbuka puasa.

Birthday boy.He's already 3 years old.(Adik nak jadi Imam Muda.Amiiinn,mudah-mudahan dimakbulkan)

Ayam

Kali ni aku nak citer cara-cara memproses ayam daripada sembelih sehingga la masak...hehehehe.Zaman kanak-kanak ribena dulu aku selalu tolong tok wan sembelih ayam.tolong pegang jer....Zaman sekarang ada lagi ke macam tu.Ada tu ada....tapi tak banyak la.Skarang semua beli dah siap....tinggal masak jer....kalau nak senang lagi,beli yang dah masak....tinggal makan jer.hahaha.Jom cuci mata tgk cara-cara memproses ayam...





Proses pertama sembelihan.Ni Mr Hubby yang sembelih.Aku tukang pegang.

Bila ayam dah disembelih,ayam tu dimasukkan kedalam air panas untuk proses membuang bulu.Pastikan air tu betul2 panas untuk memudahkan bulu2 tersebut tanggal dari badannya.

Ni rupa ayam yang dah dibuang bulunya.

Proses seterusnya ialah layur ayam tersebut di atas api.Tujuannya ialah untuk membuang bulu2 pahat yang ada kat badannya.Bulu pahat tu kecik sangat...susah nak buang pakai tangan.Kalau zaman2 dulu arwah mak guna dapur kayu.Zaman skarang mana nak cari kayu api...aku guna dapur gas jer la...

Dah siap layur,potong kecik2 mengikut citarasa anda.dan sedia untuk dimasak apa2.
 
Ni la rupa gulai ayam kampung versi aku.Jemput makan semua.

cuti2 @ melaka



Afnan,Insyirah n Balqis.

Mesin taip zaman dulu2.

Add caption


Dacing timbang(dacing pikul) yang berasal dari Negeri China ini telah digunakan oleh kastam disemua stesen-stesen kastam tahun 1930 an sebelum digantikan dengan alat penimbang yang lebih mudah.Dacing ini masih digunakan di stesen kecil hingga tahun 1950 an .Digunakan untuk menimbang barang yang difikirkan tidak terlalu berat pukalnya.


Antara mercun yang dirampas oleh kastam.

Tanduk rusa dan katak yang diawet.Binatang atau mana-mana bahagian yang segar atau diawetkan merupakan barang larangan atau tertakluk kepada permit.Katak yang diawet sedang menghiburkan anak burung unta.


Patung lucah ukiran kayu ini telah dirampas Kastam Bahagian Pencegah Melaka tahun 1996 di kawasan pemunggahan kayu balak pelabuhan sungai Melaka.Ukiran patung ini disembunyikan bersama-sama pengimportan kayu bergergaji dan kayu balak dari indonesia.


Afnan dan syira bersama





Yang takder description tu aku dah lupa dah ape bendanya...hahaha..Cuci mata jer la.hahaha