1.10.2012

HAPPY BIRTHDAY KAKAK

Assalamualaikum semua.

Tak terlambat rasanya kalau aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012...hehehe.Semalam 9 Januari 2012,kakak genap 5 tahun....Happy Birthday Kakak.Mama doakan semoga kakak jadi anak yang solehah.Mama celebrate kecil-kecilan ajer...cukup la dengan ada sebiji kek...hehehe.Jom cuci mata tgk gambar yang sempat mama snap smalam..


Kek Tiramisu...Mama order dari De Sweethoney.
Mama yang excited lebih tengok kek ni...
Makan pun mama yang lebih,mengalahkan birthday girl.

Kakak bersama kek n hadiah dari mama...Sampul duit tu hadiah dari Cik As.
Thanks Cik As..

Kakak bersama adik dan papa...
Adik plak sibuk ngan hadiah...macam la dia punyer.
Mama pun nak bergambar jugak.hehehe
Hidangan yang sempat mama sediakan.hahaha.
Ada udang goreng tepung,ada sate,ada ikan siakap tiga rasa.
Kejadian ni berlaku dalam pukul 6 petang,lepas mama and papa pulang dari kerja,bersesuaian la dengan masa kakak dilahirkan iaitu pukul 5.00 petang,9 januari.Ada jiran tanya,kenapa tak buat party...goreng2 mee ke?hehehe....belum pandai lagi nak buat party.cukupla potong kek sikit2 bagi jiran2 rasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan