Ini roti kesukaan syira.Intinya jer dimakan.Perasan tak separuh roti tu dah hilang sebab dah di'ngap' oleh suami..
4.26.2010
Percubaan buat roti
Cuti hujung minggu yang lepas,aku luangkan masa dengan membuat roti.First time buat roti selepas kursus.Alhamdulillah syukur sangat2...walaupun sibuk melayan karenah anak2...hasilnya amat memuaskan hati aku...First aku buat roti kacang,jumaat malam sabtu..si kakak sibuk ajak aku buat roti...'mama cepatla buat kuih'.So,bila si baby Afnan tido...aku n kakak memulakan projekku...Bila aku 'on'kan jer mixer...Afnan pun tersedar...Alamak!!! camner nih..kelam kabut aku dibuatnya..maner nak dokong afnan,nak buat doh,nak masukkan inti...huru hara skejap dapur aku malam tu...Malam tu semua tidur selepas kol 12 malam gara2 buat roti.Best tu makan roti panas2...hehehehe
4.15.2010
Birthday & Anniversary
Kejadian ni berlaku pada bulan 3/2010,tapi baru skarang aku diberi kesempatan untuk menguploadkan gambar-gambar ni dalam blog aku.Hehehehe.Kek yang dibeli drpd simple sweet honey sempena birthday my lovely husband pada 16 Mac 2010 dan ulangtahun perkahwinan kami pada 17 Mac 2010.Save bajet..2 dalam 1.
Kek Marble
Dah lama rasanya aku tak buat kek marble ni.Last skali buat masa zaman-zaman muda remaja dulu.Skarang aku dah kategori dewasa...asyik buat kek coklat jer...hehehehe.kejap jer masa ni berlalu..So Ahad 11/4,setelah semua kerja rumah selesai..anak-anak dan suami tidur di petang hari...aku pun memulakan projek aku.....semua main campak2 ke dalam mixer.Belum kek aku siap...si baby afnan dah bangun...alamak!! Kacau la adik ni..terpaksa la mama siapkan kek ni sambil mendukung si Afnan.
Kursus Buat Roti
Langgan:
Catatan (Atom)