12.30.2009
Terima Kasih Ya Allah
12.28.2009
Kenangan di hari bahagia...
jika diri tak seindah Sulaiman;
Mengapa mengharap teman setampan Yusuf,
jika kasih tak setulus Zulaikha;
Tak perlu diri menjadi seteguh Ibrahim,
jika tak sekuat Sarah;
Mengapa didamba teman hidup seistimewa Khadijah,
jika diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W.
12.23.2009
Isteri Solehah??
isteri yg solehah adalah isteri yg menuruti apa saja perintah suami tanpa ada bantahan selagi mana suami itu tidak melanggar perintah ALLAH SWT. amat mudah seorg isteri utk masuk syurga,iaitu dgn mengamalkan semua suruhan ALLAH dan menuruti perintah seorg suami yg soleh..
isteri, nak jadi solehah tak semestinya memiliki suami yg soleh.
suami, kalau jenis tak menghargai, sampai bila2 pun takkan rasa kebahagiaan memiliki isteri yg solehah dan taat.
jodoh di tangan Tuhan. selagi hidup, selagi tu akan diuji. isteri mana taknak suami memandangnya dgn penuh perasaan sayang dan redha... kalau boleh, biarlah bertemu lagi di syurga.. baru la dipanggil percintaan yg abadi... (mood romantik)
isteri solehah memang menjadi idaman bg setiap wanita yang beriman. Cuma kita ni manusia yg mudah lupa, adakala terlawan cakap suami....suami cakap ini, kita cakap itu...hehehe bukan mudah nak jadi isteri solehah di akhir zaman ni, dugaan nya cukup kuat...cuma iman dan takwa yg mampu membantu kita ke arah menjadi isteri solehah...aminnn
Konsep isteri solehah ni bukan jumud. Yang aku tengok semua dok kasik yang dolu2. Bukan tak betul. Tapi tak lengkap.
Isteri solehah:
1. Yang menolong suami membangunkan Islam.
2. Yang menunaikan tanggungjawab fardhu ain dan fardhu kifayah umat Islam.
3. Yang membantu dalam pendidika Islam.
Bla bla...
Kalau suruh bini dok rumah ngadap laki aja, sampai bila pun Islam takkan maju.
isteri solehah bukan hanya jaga diri sendiri, jaga maruah dan didik suami sendiri pun ya jugak. apa salah menjawab jika kena cara dan kaedahnya.
Moms Precious Cooler Bag Set
Sebelum aku membuat keputusan untuk membeli cooler ni,aku ada bertanya mommylina di sususihat.com.Perlukah saya membeli cooler?? So,kat bawah ni aku attachkan jawapan yang mommylina bagi kat aku:
Salam Liza,
Memang dalam air cond (below 26 degree Celcius) susu badan boleh tahan
selama 8 jam, tapi dinasihatkan utk tidak transpor (bawa keluar dari
bilik tu) sebab bila kita bawak balik tu, temperature dah berubah.
pastikan susu sentiasa sejuk utk menjaga khasiatnya di tahap optimum,
sebab kita bukan je nak bekalkan anak kita susu, tapi susu yang cukup
khasiatnya, kan?
saya sarankan Liza dapatkan insulated coller bag & chiller... tak
payah beli yang mahal2 & branded mcm medela or avent segala. just cari
kat area picnic/camping di giant/tesco... rm20 pun boleh dapat satu.
So,aku buat keputusan untuk membeli cooler bag ni.Bagi aku alang-alang nak beli,baik aku beli yang puas hati.Aku suka sangat ngan cooler bag ni coz ada tempat untuk simpan pam skali..tak payahla nak bawak beg banyak2 pg office.
12.07.2009
4x4
Aktiviti Raye Haji
Ni gambar2 yang sempat aku rakam kat terengganu.Aktiviti membuat tapai.
11.26.2009
11.25.2009
Gas,Colic dan Breastfeeding
Colic ialah keadaan yang berlaku apabila bayi menangis pada masa tertentu (biasanya petang membawa ke malam) tanpa henti 1-2 jam dan tidak boleh dipujuk (inconsoleable)
Anda perlu membawa bayi ke klinik untuk rawatan dan pengesahan DR bahawa bayi anda sihat dan gaining weight well walaupun kerap menangis pada waktu2 tertentu tanpa alasan (colicky)
Orang melayu biasanya menggelarkannya ’sawan tangis’ dan dibawa berubat mandi dan ‘baca baca’ oleh org yang pandai mengubat
Hakikatnya tiada rawatan utk colic walaupun banyak research dan behaviour strategies dijalankan oleh pakar
Colic akan berakhir sendiri selepas 3 bulan (atau lebih)
Sekiranya anda menyusukan bayi anda
Colic yang berlaku boleh dikurangkan dengan cara meng’evaluate’ dan mengamalkan perkara2 berikut:
1.Adakah anda menyusukan bayi dengan sebelah breast sehingga breast tersebut well drained
- Komposisi susu ibu berubah2 pada setiap feeding dimana kandungan lemak dan kalori semakin bertambah apabila breast semakin dikosongkan
Sekiranya anda kerap switch breast semasa menyusukan baby, bayi anda akan menconsume terlalu banyak foremilk dan hanya sedikit lemak.
Ia boleh menyebabkan :
- Bayi anda kerap lapar dan minum dengan banyak berikutan rendahnya jumlah lemak yang diconsumenya pada setiap kali minum
- He may spit up (muak, muntah) kerana minum terlalu banyak
- Perut bayi kosong dengan cepat dan jumlah milk sugar (lactose) yang terlalu banyak berkumpul di usus menyebabkan enzim yang menguraikan laktosa itu tidak dapat menguraikannya dalam satu masa seterusnya menyebabkan simptom lactose intolerance seperti:
- Menangis
- Angin (Gas)
- Kembung perut dan kentut kentut
- Watery dan green bowel movement (Najis yang cair dan berwarna hijau)
Harus diingatkan apabila keadaan ini berlaku, ibu ibu tidak seharusnya berubah kepada lactose-free formula sebaliknya menganalisa semula corak penyusuan anda.
- Susukan bayi anda setiap kali dia cooing dan bukannya mengikut jadual di tin susu formula. (1 1/2 jam – 2 jam sekali) dan kebanyakan masalah BF dapat diatasi sekiranya ibu tidak mengikut jadual waktu
- Susukan bayi sehingga sebelah breast kosong supaya baby mendapat foremilk dan hindmilk yang balance.
Susukannya sehingga baby tertidur dan melepaskan nipple sendiri.
Bayi anda boleh ‘bergayut’ selama 2 jam walau hakikatnya minum selama beberapa minit pertama.
Selepas bayi anda melepaskan breast yang pertama, offer breast yang kedua (sekiranya dia mahu)
Atau pam sekiranya dia sudah tertidur.
(Pastikan setiap kali feeding anak anda ialah nutritional feed dengan memastikan baby benar2 menyusu dan bukannya sekadar ‘bergayut’)
2. Adakah berlakunya Overactive Letdown Reflex (Milk Ejection Reflex/MER)?
——-
Artikel mengenai Letdown Reflex di sini
Tambahan info : Let down Refleks berlaku lebih dari sekali pada setiap kali sesi menyusukan dan mengepam
Walau bagaimanapun, ibu cuma merasakannya utk pertama kali sahaja
(Jadi jangan risau jika anda merasakan anda dapat let down refleks sekali sahaja ya)
——
Susu yang terlalu laju semasa MER berlaku boleh menyebabkan bayi anda ‘marah’ dan fussy
Dan kadangkala ibu merasakan tidak selesa dengan keadaan itu kerana merasakan bayi mereka colicky (menangis tanpa henti)
Dan kadang2 bayi anda mungkin frustated dengan slow milk flow lalu menyebabkannya refuse to take breast.
Cara mengatasinya:
- Susukannya sebelum dia terlalu lapar
Tanda tanda bayi lapar ialah:
Early-- Smacking or licking lips
- Opening and closing mouth
- Sucking on lips, tongue, hands, fingers, toes, toys, or clothing
Active -
- Rooting around on the chest of whoever is carrying him
- Trying to pition for nursing, either by lying back or pulling on your clothes
- Fidgeting or squirming around a lot
- Hitting you on the arm or chest repeatedly
- Fussing or breathing fast
Late -
- Moving head frantically from side to side
- Crying
Sumber Kellymom.com
Maksudnya menangis adalah last resort utk bayi anda minta disusukan
Nota Luna : Susukannya sebelum dia menangis dengan cara alert dengan reaksi bayi anda dan hunger sign dari beliau
- Bayi yang lapar tends to ‘gelojoh’ dan menyebabkan pancutan susu berlaku dengan kuat. Susukannya sebelum dia AMAT lapar ye.
- Susukan bayi dalam keadaan yang tenang, muzik yang perlahan dan lampu yang samar samar
- Berbaring dan biarkannya minum dengan cara meniarap di atas anda. Tekanan graviti boleh membantu!
- Pam susu anda sebelum baby terjaga dari tidur dan mahukan susu
(Susu anda tidak akan habis kerana susu SENTIASA dihasilkan dalam tubuh anda) - Sekiranya milk flow anda perlahan, anda boleh membantu dengan Breast Compression
- Pastikan latch bayi anda betul untuk mengelakkan masalah BF yang lain
Refer entri ini - Terdapat commercial lactase dalam bentuk liquid (enzim yang memetabolismekan lactose) diberi sebelum feeding dan boleh didapati tanpa preskripsi daripada farmasi
(Ayg, pemilik KhazisPharma minta tolong pastikan)
Walaubagaimanapun, ambil ianya sebagai satu info dan bukannya solution ya.
3. Adakah anda berhati hati dengan pemakanan anda?
Breastfed baby tends to have less gas kerana susu ibu adalah custom made utk mereka berbanding susu formula yang ‘artificial’.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak (dalam bentuk susu)
Dairy product seperti cow’s milk yang di ambil oleh ibu adalah ‘penyumbang’ besar kepada masalah colic pada baby. Sistem penghadaman bayi yang belum matang kadangkala mengakibatkan mereka tidak dapat memproses protein di dalam susu lembu seterusnya menghasilkan gas di dalam usus
Sebelum anda risaukan bayi anda, lihat diri anda sendiri dahulu.
Maksud saya, adakah anda sensitif dengan sesetengah makanan
Ianya boleh dilihat apabila selepas 4 jam anda menconsume makanan itu,
perut anda mulai kembung dan tidak selesa (dan anda mula mengeluarkan angin)
Makanan yang berbeza memberi efek yang berbeza kepada setiap individu
Antara makanan yang dipercayai mengakibatkan pengeluaran lebih gas semasa diproses ialah:
- Dairy product (cow’s milk, dadih,yogurt, icecream)
- Bawang merah
- Coklat
- Kekacang seperti kacang tanah, taugeh, kacang hijau
- Citrus fruit
- Jagung
- Gandum
- Tomato
- Strawberry
- Artificial sweeteners
- Minuman berkafein
- Brokoli
- Kobis dan bunga kobis
- Sesetengah jenis pisang
Cuba elakkan makanan tersebut daripada diet harian anda jika anda dapati ianya menyebabkan gas terhasil dalam badan anda atau kita gelar ‘angin’
Jika anda amat menggemari makanan2 tersebut, kurangkan kuantiti pengambilannya
Nota Luna : Anda TIDAK perlu minum susu untuk menghasilkan susu
4. Luangkan masa mengurut bayi anda
Amalkan bed time routine, mandikannya,gosok giginya, tukarkan pyjama, massage, dan berbual sebelum menidurkan bayi anda.
Penggunaan minyak atau minyak angin adalah digalakkan kerana :
- Rasa hangat dan urutan lembut anda AMAT membantu mengeluarkan gas daripada dalam perutnya
- Anything that is hot WILL do (menggalakkan pengaliran gas yang baik dalam badannya)
- Baby anda rasa selesa dan disayangi
- Tidurnya akan lebih lena
- Biarkannya tidur meniarap (must be under your supervision)
5. Cuba elakkan risiko angin masuk ke dalam perut bayi anda
Gelembung udara (angin) boleh masuk kedalam perut anda melalui botol susu yang digunakannya.
Gunakan botol anti colic seperti Botol MAM
Apabila angin terperangkap dalam perut si kecil, perut menyangkakan ianya adalah makanan lalu merembeskan asid utk mencernakannya walaupun sebenarnya tiada apa2 dan acid ini boleh menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.
Saya harap saya membantu meleraikan kekusutan mengenai gas, colic dan kaitannya dengan breastfeeding.
Pemberian susu formula bukanlah solutionnya kerana keadaan akan bertambah baik hari demi hari
Sekiranya anda menyusukan bayi anda, anda memberikan yg terbaik. Penyusuan direct adalah anti colic yg TERBAIK
Kongsikan pendapat anda, sharing is caring
petikan drpd blog http://www.diyaluna.com
11.24.2009
Sekolah Vs Tak
Aku pening memikirkan nak sekolahkan ker tak anak dare aku yang sorang ni.9 Januari 2010,genap 3 tahun...Macam terlalu awal untuk disekolahkan...tp mengenangkan mulutnya yang 'terlebih' cakap tu...aku macam nak hantar jer p skolah.Aku dan husband dah siap daftar dah kat Taska KEMAS.Pagi diorang belajar...petang diorang tidur...Aku pk biarlah kakak berkawan,belajar berdikari...belajar sikit2,at least pandai nyanyi pun dah ok.Tapi dalam masa yang sama aku sedih sebenarnya nak hantar dia p skolah.Bolehker kakak berkawan?Boleh ker kakak bangun mandi pagi2?Nak buang air besar n kecil camner,boleh ker dia cakap ngan cikgu?Ibu (Baby-sitter) dia pun dah tanya,betul ker nak hantar syira sekolah?Kalau betul,ibu nak cari kerja lain...Alamak!! lain macam jer bunyinyer....Afnan macam mane,saper yang nak jaga.Aduuhh...bertambah serabut kepala otak aku...Bila citer ngan husband,dia cakap takper la..skolah jer..pandai la dia berdikari.Afnan tu kita cari jer orang lain kalau betul ibu tak nak jaga.lagi pun Afnan masih baby...lom kenal orang lagi...Ok...settle masalah....
Tup-tup,1 pagi masa aku p hantar syira and Afnan....ibu bersuara."Liza,tak boleh ker tak payah sekolahkan syira dulu...Dia kecik lagi la...tunggula 4 tahun.Kat umah ibu ni pun dia blajar jugak..Ada ank orang tu (nama dirahsiakan) hantar skolah masa 3 tahun...5 tahun dah tak nak skolah...dia dah boring".Aku sengeh jer...hehehe,aku just cakap tengok la dulu camner.....Sebenarnya ada betul gak cakapnya.So aku citer pada husband,mintak pendapat sahabatku kak ct,mintak pendapat sahabatku kak fid (kebetulan kursus sama2)...diorang cakap tak payah sekolahkan dulu.Biar la syira main2 dulu....5 tahun nanti baru hantar skolah...Kak fid ada pengalaman sekolahkan anak masa umur 4 tahun,anaknya asyik kena buli jer...kesian.
So sekarang,aper yek keputusan yang patut aku buat......?????
11.16.2009
Anak-Anakku
Ni gambar kakak Syira makan Ais krim milo yang mama buat sendiri.(Mama ada peti ais baru...so masih excited memenuhkan ice box ngan Ais Krim).hehehe.Kakak ni kekadang bukan nak makan sangat ais krim tu,dia just nak plastiknyer jer(ais krim tu mama makan and mama yang jadi gemuk,syira still kurus kering).Plastik tu dia buat belon...pastu pijak..and then belon tu meletup...bom kebabom (ni syira yang sebut eh...hehehe).